Apa
perasan kita jika berselubung di dalam selimut tebal di waktu
tengahari? Cuba lakukan ia selama sepuluh minit sambil berbaring seperti
sekujur tubuh yang telah mati. Tanpa kipas, penghawa dingin dan tingkap
dan pintu di tutup rapat.
Siapakah yang mampu bertahan lebih dari 30 minit ?
Sudah
tentu minda dan tubuh kita tidak mampu menanggung ketidakselesaan itu
walaupun hanya untuk 10 minit. Saya pasti kerana saya pernah mencubanya.
Panas dan berhaba.
Setiap
kali saya fikirkan semula percubaan saya itu, saya terfikir keadaan di
alam barzakh kelak..terutamanya di liang lahad yang sempit, tertutup,
tanpa penghawa dingin, tilam, tingkap serta kipas itu.
Sewaktu kita
berada di alam barzakh kelak, adakah pancaindera dan penilaian minda kita
terhadap alam ini sama seperti sewaktu kehidupan biasa kita di dunia?
Apabila saya
utarakan hal ini. Ramai yang menjawab : "Tidak" atau juga "tidak
tahu"
Apa
jawapannya sebenar ?
Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w menyebut berkenaan
ujian-ujian di dalam kubur.
Lalu Umar al-Khattab
r.a bertanya : "Adakah akan dikembalikan kepada kita aqal-aqal kita (di
dalam kubur kelak)?"
Nabi
menjawab: Ya, (ia akan dikembalikan) sebagaimana keadaan kamu (sekarang)
(Riwayat
Ahmad)
Bagaimana pula jika terpaksa menunggu di alam kubur
ni sepanjang seribu tahun sebagaimana yang dikenakan kepada si Abu Jahal. !
Dalam
keadaan status penilaian aqal kita sama seperti di waktu hidup, tetapi status
keadaan tubuh dan keselesaannya adalah diletakkan di ruang liang lahad yang
kecil, berselimut dek kain kapan dan ditimbus oleh tanah.
"Sesungguhnya di dalam kubur itu terdapat himpitan, dan jika seorang itu
mampu selamat darinya sudah tentu (salah seorangnya) adalah Sa'ad Bin Muadz (
seorang sahabat Nabi yang hebat )"
( Riwayat Ahmad )
"Sesungguhnya ruh orang mukmin itu seperti burung (atau berada di dalam burung - bermakna tidalah kelihatan ruh manusia berterbangan), yang menikmati hidangan (dan berterbangan bebas) di pepohon Syurga sehinggalah dikembalikannya oleh Allah ke jasadnya di hari kebangkitannya".
( Riwayat Malik, Tirmidzi & Ibn HIbban )
SEKIAN....