Keindahan cinta yang berbalas bagaikan tak
terucap dengan kata-kata. Ia akan membungakan pamitan rindu yang
mendalam dan mengharapkan ia sentiasa subur di persada hati. Tahukah
kita bercinta kasih pada Allah, kita pasti dianugerahkan rasa
sedemikian. Berbanding dengan cinta manusia. Kembara Cinta mengungkap
sekelumit ranjau dalam mendamba Cinta Allah.
Telah
ditentukan fitrah insani, ingin bercinta dan dicintai, cinta pada
Tuhan,c inta pada insan. Fitrah manusia telah ditentukan oleh Allah
memiliki rasa saling mengasihi. Alangkah indahnya andai rasa tersebut
dipimpin menuju redha dan maghfirah Allah.
Namun,
kembara menuju cinta Allah sudah pasti mengundang sejuta rintangan dan
ranjau. Pengorbanan Cinta Demi cinta, jarang manusia yang tidak sanggup
berkorban. Namun, apakah kita sanggup menggadaikan diri dan segala
balutan kemewahan untuk benar-benar memburu cinta-Nya. Bandingkanlah
diri kita dengan kisah para insan soleh yang bersungguh menghayati cinta
Ilahi Warna Cinta Penuh Kekeliruan.
Namun
cinta penuh kembara, mudah menyimpang bahagia dicita tapi sengsara.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w mengkhabarkan tentang bagaimana
menikmati kelazatan dan kemanisan iman."Tiga perkara yang perlu ada
untuk merasai kemanisan iman ialah mencintai Allah dan RasulNya lebih
dari segala-galanya, mengasihi saudaranya kerana Allah dan membenci
perkara yang dimurkai Allah sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam
neraka".
Begitulah,
seandainya kita terpandu dengan suluhan Islam, masakan cinta kita akan
tersasar dan jauh menyimpang. Kata orang, cinta itu buta. Cinta yang
buta hanyalah cinta murahan yang menaruh rasa pada setiap nikmat duniawi
yang sementara.
Sekadar renungan, penyuburan iman
berpaksikan kesungguhan kita menjalin kesucian cinta kepada Pencipta.
Kerana sesungguhnya mencintai-Nya adalah cinta teragung. Bersamalah kita
merafa'kan kesyukuran bersulamkan ketaatan agar kita terpandu menuju
Destinasi Cinta yang Abadi "

No comments:
Post a Comment